Baru sebentar tadi, mendapat berita bahawa isteri kepada bos saya telah pulang ke rahmatuAllah kerana
kanser usus.
Agak terkejut jugak, kerana xda dengar berita yang allahyarhamah sakit.. Cuma seminggu lepas di masukkan ke
Hospital KPJ Shah Alam
kerana asik muntah- muntah..
Namun begitu, seminggu berada di hospital itu,
doktor masih tidak dapat mengesan sebarang penyakit..
Kelmarin, di bawa ke
SJMC
@ dikenali sebagai
Sime Darby Medical Central)
dan malam tadi doktor terus melakukan pembedahan kerana mendapati terdapat bengkakan di usus.
Selepas pembedahan hampir 3 jam, allahyarhamah di tempatkan di bilik ICU.
Namun jam 11 pagi, telah sedarkan diri tapi masih tidak boleh bercakap.
Kira-kira jam 2 petang, allahyarhamah menghebuskan nafas terakhir di samping suami, keluarga dan saudara - mara..
Sungguh mudah dan tenang beliau menghembuskan nafas terakhirnya..
Semoga roh allahyarhamah di tempatkan dikalangan orang yang solehah..
Al- fatihah....
Nota; Agak terkilan dengan doktor KPJ Shah Alam kerana hampir seminggu duduk di hospital tersebut, tiada sebarang tindakan di lakukan.. Semuanya hanya di kesan di SJMC..
Ini membuktikan mengenai servis dan doktor KPJ Shah Alam amat mendukacitakan selepas hanya membaca komen ttg hospital swasta itu..
0 comments:
Post a Comment